Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada gura saya Sumathy Moorthy iaitu guru mata pelajaran TITAS saya atas segala bimbangan dan peluang yang telah beliau diberikan.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan san semangat yang kukuh kepada saya untuk memyiapkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian salasilah keluarga saya ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana mereka telah menbantu saya membetulkan ejaan dan juga memberikan beberapa idea dalam membuat kerja ini.

Sekian, terima kasih.


Objektif

Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan salasilah keluraga ini mempunyai beberapa objektif seperti yang berikut:
  1. Saya dapat menegenali dan memahami asal usul keluarga saya.
  2. Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya.
  3. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya.
  4. Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja.
  5. Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki sebuah keluarga yang harmoni dan ceria.
  6. Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya.


Kaedah Kajian

Untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan Salasilah Keluarga ini daripada keluarga saya, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian. Saya telah melihat dan mengkaji perkembangan ahli keluarga saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.

Selain itu, saya telah menggunakan kaedaah lisan. Saya telah menemu bual dengan ibu dan bapa saya. Dari perbualan mereka, saya telah mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal unsul keluarga saya.

Terakhir, saya juga telah menggunakan kaedah rujukan. Saya telah melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan ibu bapa saya dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.


Salasilah Keluarga Bapa Saya


Salasilah keluarga bermaksud asal usul keturunan sesebuah keluarga. Carta salasilah keluarga bapa saya bermula daripada Chong Soi Nyok (lahir pada 27 Disember 1936) iaitu datuk saya dan sebelah datuk saya ialah Tan Siew Hua (lahir pada 14 April 1941), iaitu nenek saya. Mereka berasal dari kampung yang sama iaitu Kundang, Rawang, Selangor.

Mereka telah mendirikan rumah tangga lebih daripada 50 tahun dan telah membeli sekeping tanah bersama-sama di Kundang. Sejak masa itu, mereka telah menjadi petani dan tanah itu masih wujud pada hari ini. Sebagai petani, datuk dan nenek saya hendak bangun pada awal pagi kira-kira pada waktu 4 pagi untuk menjaga kebun sayur itu. Selepas itu, mereka akan pergi ke pasar pagi untuk menjual sayur-sayuran yang segar untuk menjaga keperluan keluarga.

Hasil perkahwinan datuk dan nenek saya, mereka telah dikurnia tiga orang anak, iaitu Chong Chee Keong (ayah saya) yang dilahirkan pada 21 Februari 1964, Chong Lai Huat yang dilahirkan pada 23 May 1966 dan Chong Peck Keow yang dilahirkan pada 28 Ogos 1968.

Pada masa itu, datuk dan nenek tidak mempunyai bangyak pendapatan dalam kerja mereka. Oleh itu, sebagai anak sulung, bapa saya (Chong Chee Keong) telah tercicir dari sekolah pada tahun 1974 untuk membantu datuk dan nenek saya menjaga kebun sayur. Pada tahun 1993, bapa saya berkahwin dengan ibu saya (Koh Chew Heong) dan mempunyai empat orang anak, iaitu saya, dua abang leleki saya dan adik perempuan saya. Bapa saya kini telah mempunyai satu kedai dan menbuat perniagaan di Klang, Selangor.

Adik bapa saya, iaitu Chong Lai Huat dan Chong Peck Keow telah menamatkan pendidikan sekolah menengah dan mendapatkan kerja.

Salasilah Keluarga Ibu Saya


Carta salasilah ibu saya bermula daripada Koh Lan Sheng iaitu datuk saya dan sebelah datuk saya ialah Lee Ah Moy iaitu nenek saya, mereka berasal daripda tempat yang sama iaitu Selangor, Malaysia. Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 1967, dan melahikan ibu saya pada tahun 8 April 1968 di Pelabuhan Klang.

Pada hari kedua ibu saya lahir, satu perkara yang buruk telah berlaku di keluarga ibu saya. Datuk saya telah meninggal pada tahun 9 April 1968 kerana telah dibunuh oleh ahli-ahli gangster. Selepas itu, nenek saya tidak mendirikan rumah tangga lagi sehingga hari ini. Ibu saya (Koh Chew Heong) juga telah menjadi anak tunggal di keluarga ini.

Pada tahun 1993, ibu saya (Koh Chew Heong) telah berkahwin dengan bapa saya (Chong Chee Keong) dan mempunyai empat orang anak.


Rumusan

Secara sesungguhnya, dengan melakukan salasilah keluarga ini, saya telah mengetahui banyak maklumat tentang sejarah keluarga saya dari perbualan dengan ibu bapa. Saya berasa sangat bersyukur dan bangga kerana mempunyai keluarga yang bahagia ini.

Selain itu, setiap orang mesti adalah salasilah keluarga masing-masing. Ini bukan sahaja dapat menbantu saya mengenal dengan lebih rapat tentang ahli keluarga saya manakala juga boleh merapatkan hubungan dengan ahli keluarga.

Akhirnya, kerja ini juga telah membuat saya menguasai kemahiran yang berguna. Kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data tentang salasilah keluarga saya.


Rujukan

Vurmilia - Folio Sejarah - Salasilah Keluarga
https://www.scribd.com/doc/15429736/Vurmila-Folio-Sejarah-Salasilah-Keluarga

Folio Sejarah - Salasilah Keluarga: Sejarah Diri dan Keluarga
http://ilyana-blog.blogspot.my/2010/08/folio-sejarah-salasilah-keluarga.html

Folio Sejarah Tingkatan Satu: Keluarga Saya
https://www.scribd.com/doc/24478802/Folio-Sejarah-Tingkatan-Satu-Keluarga-Saya

Sejarah Diri dan Keluarga: Tingkatan 1
https://aimyaimielya.wordpress.com/2013/04/11/sejarah-diri-dan-keluarga-sejarah-tingakatan-1/

Sejarah Keluarga
https://www.slideshare.net/NikDanialAiman/sejarah-keluarga


Lampiran

Saya bersama ahli keluarga saya. Hari Jadi Abang saya 2016.


Saya bersama saudari saya di Thailand, tahun 2015.

Saya pada tahun 2018.

评论